Saturday 16 February 2013

Tips praktikal menghadapi masalah


Semua orang yang waras punyai masalah. Hanya orang gila sahaja yang tidak merasa masalah kerana masalah ada hubungkait dengan akal. Bila akal tak berfungsi samada semua benda jadi masalah atau tiada satu bendapun yang akan jadi masalah. Bagi kita yang waras masalah diperlukan sebagai salah satu alat membina kekuatan dan membetulkan keadaan. Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita cuba lihat apa yang didefinisikan sebagai masalah. Jika kita rujuk kamus, perkataan 'masalah; dikatakan sinonim dengan:

  • Kesulitan
  •  Kerumitan
  • Kesukaran
  • Kemusykilan
  • Persoalan
  • Isu
  • Hal
Dengan izin Allah, ,masalah yang kita hadapi tidak semestinya selesai mengikut kehendak kita.
Contoh:
Hilang duit, pasti ikut fikiran kita masalah itu akan selesai dengan dapat duit yang hilang itu semula.
Sakit, pasti ikut fikiran kita masalah itu akan selesai dengan sembuh.
Gagal, pasti ikut fikiran kita masalah itu akan selesai dengan lulus/berjaya hal yang gagal itu.
Yang paling utama masalah itu akan dirasakan selesai ketika kita menerima dan kita mula berpersepsi bahawa apa yang berlaku bukanlah suatu masalah. Ia akan dimiliki ketika jiwa kita diilhamkan taqwa oleh Allah.
Masalah akan selesai ketika Allah mencabut semua rasa kesempitan dalam jiwa kita ini.
Kita akan berasa lapang dada, lapang fikiran dan jiwa walaupun ketika itu duit yang hilang masih belum jumpa, sakit belum sembuh, hal yang gagal masih belum berjaya.


Semua perkataan di atas menggambarkan makna masalah. Masalah merupakan satu isyarat tubuh badan yang disalurkan ke akal untuk memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Bila kita terseliuh, badan akan memberikan isyarat kesakitan di mana ia mengharapkan agar kita berbuat sesuatu. Begitu jugalah dalam lain-lain masalah fizikal, masalah adalah terjemahan otak agar kita bertindak. Cuba bayangkan jika fungsi seperti itu tidak ada dalam diri kita, sudah tentu tidak ada usaha awal untuk kita memperbetulkan keadaan dan seluruh anggota fizikal kita akan rosak dengan cepat tanpa ada usaha pembetulan.


Selain daripada masalah fizikal, otak juga memainkan peranan untuk menyampaikan masalah mental atau apa yang kita namakan masalah rohani. Ia berkaitan dengan masalah jiwa. Bila kita marah, itu adalah isyarat sesuatu telah berlaku terhadap jiwa. Akal kita kerjanya tidak lain adalah untuk memastikan diri kita sentiasa berada dalam keadaan yang selamat sejahtera. Kita jugalah yang meletakkan makna selamat atau sejahtera bergantung bagaimana kita dibesar dan didik dengan segala takrifan.


No comments:

Post a Comment