Thursday 21 February 2013

Tips Baca Buku


Baca Buku Yang Anda Minat

Kalau difikir balik,buat apa nak baca buku yang kita tak minat kan?Jadi kalau anda baru nak memupuk sikap suka membaca dalam diri anda,pilihlah buku dengan topik kegemaran anda atau penulis kegemaran anda.Kalau anda suka topik wang maka bacalah buku kewangan.Kalau anda minat pertanian,maka bacalah pula buku yang berkaitan pertanian.Akan lebih mudah anda nak tangkap kalau baca sesuatu yang anda suka.

Kurangkan Gangguan

Sebaiknya semasa membaca,tutup tv,radio dan telefon bimbit.Kurangkan gangguan seminimum yang mungkin.Bukalah tingkap dan pintu supaya ada pengaliran udara yang lancar untuk mengelakkan mengantuk.Kalau cuaca panas pasanglah kipas.Cahaya juga mesti cukup.

Baca Balik

Biasanya saya akan baca sesebuah buku tu 2-3 kali supaya betul-betul dapat tangkap.Kata seorang motivator,kita perlu baca sesebuah buku tu 40 kali baru benar-benar dapat menghayatinya.Masalah bosan tak timbul sebab buku yang saya baca tu saya minat.
Kalau anda ulang baca buku tu,baca saja bab yang penting-penting dan memberi kesan kepada anda.Prakata dan yang lain-lain tu tak payahlah baca.Lepas habis baca satu bab tu,tanya dulu apa yang anda dapat pada bab tu sebelum beralih ke bab seterusnya.

Praktikkan Ilmu Secepat Mungkin

Apa yang anda pelajari,terus buat.Jangan tunggu masa yang sesuai,keadaan yang sesuai atau mood yang sesuai.Masa yang anda harapkan itu tidak akan pernah datang.Percayalah.Masa yang sesuai itu ialah sekarang.
Yang lebih penting daripada ilmu ialah praktik.Anda boleh baca 1000 buah buku tapi kalau tidak mempraktikkan apa yang telah anda pelajari,pengetahuan itu akan luput akhirnya ditelan usia.Sebaliknya,kalaupun anda cuma membaca 1 buah buku sebulan tapi anda terus praktikkan apa yang anda belajar,anda sudah berjalan di jalan orang berjaya.

No comments:

Post a Comment