Thursday 21 February 2013

Pengalaman Mendaki Broga Hills

Ini merupakan pengalaman saya yang pertama mendaki bukit. Sebelum ni hanya dengar orang bercerita je kali ini saya pulak yg mendakinya. Kteorang bertolak dari rumah pukul 4pagi sebab nak tengok "sunrise" punya pasal. Kumpul-kumpul org sekali dah pukul 5. Sampai sana dalam pukul 6pagi. Mula-mula mendaki tu tak penat cuma lenguh di bahagian kaki yg teramat sangat. Walaupun tak mendapat peluang untuk tengok matahari terbit tapi rasa puas bila dah habis naik semua level yang ada.












Tips Baca Buku


Baca Buku Yang Anda Minat

Kalau difikir balik,buat apa nak baca buku yang kita tak minat kan?Jadi kalau anda baru nak memupuk sikap suka membaca dalam diri anda,pilihlah buku dengan topik kegemaran anda atau penulis kegemaran anda.Kalau anda suka topik wang maka bacalah buku kewangan.Kalau anda minat pertanian,maka bacalah pula buku yang berkaitan pertanian.Akan lebih mudah anda nak tangkap kalau baca sesuatu yang anda suka.

Kurangkan Gangguan

Sebaiknya semasa membaca,tutup tv,radio dan telefon bimbit.Kurangkan gangguan seminimum yang mungkin.Bukalah tingkap dan pintu supaya ada pengaliran udara yang lancar untuk mengelakkan mengantuk.Kalau cuaca panas pasanglah kipas.Cahaya juga mesti cukup.

Baca Balik

Biasanya saya akan baca sesebuah buku tu 2-3 kali supaya betul-betul dapat tangkap.Kata seorang motivator,kita perlu baca sesebuah buku tu 40 kali baru benar-benar dapat menghayatinya.Masalah bosan tak timbul sebab buku yang saya baca tu saya minat.
Kalau anda ulang baca buku tu,baca saja bab yang penting-penting dan memberi kesan kepada anda.Prakata dan yang lain-lain tu tak payahlah baca.Lepas habis baca satu bab tu,tanya dulu apa yang anda dapat pada bab tu sebelum beralih ke bab seterusnya.

Praktikkan Ilmu Secepat Mungkin

Apa yang anda pelajari,terus buat.Jangan tunggu masa yang sesuai,keadaan yang sesuai atau mood yang sesuai.Masa yang anda harapkan itu tidak akan pernah datang.Percayalah.Masa yang sesuai itu ialah sekarang.
Yang lebih penting daripada ilmu ialah praktik.Anda boleh baca 1000 buah buku tapi kalau tidak mempraktikkan apa yang telah anda pelajari,pengetahuan itu akan luput akhirnya ditelan usia.Sebaliknya,kalaupun anda cuma membaca 1 buah buku sebulan tapi anda terus praktikkan apa yang anda belajar,anda sudah berjalan di jalan orang berjaya.

Asal usul sambutan Maulidur Rasul


Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda.

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah.

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. – Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.

Saturday 16 February 2013

Tips praktikal menghadapi masalah


Semua orang yang waras punyai masalah. Hanya orang gila sahaja yang tidak merasa masalah kerana masalah ada hubungkait dengan akal. Bila akal tak berfungsi samada semua benda jadi masalah atau tiada satu bendapun yang akan jadi masalah. Bagi kita yang waras masalah diperlukan sebagai salah satu alat membina kekuatan dan membetulkan keadaan. Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita cuba lihat apa yang didefinisikan sebagai masalah. Jika kita rujuk kamus, perkataan 'masalah; dikatakan sinonim dengan:

  • Kesulitan
  •  Kerumitan
  • Kesukaran
  • Kemusykilan
  • Persoalan
  • Isu
  • Hal
Dengan izin Allah, ,masalah yang kita hadapi tidak semestinya selesai mengikut kehendak kita.
Contoh:
Hilang duit, pasti ikut fikiran kita masalah itu akan selesai dengan dapat duit yang hilang itu semula.
Sakit, pasti ikut fikiran kita masalah itu akan selesai dengan sembuh.
Gagal, pasti ikut fikiran kita masalah itu akan selesai dengan lulus/berjaya hal yang gagal itu.
Yang paling utama masalah itu akan dirasakan selesai ketika kita menerima dan kita mula berpersepsi bahawa apa yang berlaku bukanlah suatu masalah. Ia akan dimiliki ketika jiwa kita diilhamkan taqwa oleh Allah.
Masalah akan selesai ketika Allah mencabut semua rasa kesempitan dalam jiwa kita ini.
Kita akan berasa lapang dada, lapang fikiran dan jiwa walaupun ketika itu duit yang hilang masih belum jumpa, sakit belum sembuh, hal yang gagal masih belum berjaya.


Semua perkataan di atas menggambarkan makna masalah. Masalah merupakan satu isyarat tubuh badan yang disalurkan ke akal untuk memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Bila kita terseliuh, badan akan memberikan isyarat kesakitan di mana ia mengharapkan agar kita berbuat sesuatu. Begitu jugalah dalam lain-lain masalah fizikal, masalah adalah terjemahan otak agar kita bertindak. Cuba bayangkan jika fungsi seperti itu tidak ada dalam diri kita, sudah tentu tidak ada usaha awal untuk kita memperbetulkan keadaan dan seluruh anggota fizikal kita akan rosak dengan cepat tanpa ada usaha pembetulan.


Selain daripada masalah fizikal, otak juga memainkan peranan untuk menyampaikan masalah mental atau apa yang kita namakan masalah rohani. Ia berkaitan dengan masalah jiwa. Bila kita marah, itu adalah isyarat sesuatu telah berlaku terhadap jiwa. Akal kita kerjanya tidak lain adalah untuk memastikan diri kita sentiasa berada dalam keadaan yang selamat sejahtera. Kita jugalah yang meletakkan makna selamat atau sejahtera bergantung bagaimana kita dibesar dan didik dengan segala takrifan.


Solat Juga Satu Senaman


SENAMAN ISLAM
Senaman bagi org mukmin bukan sahaja berlegar dari segi fizikal malahan rohani.
bagi membuktikan solat sebagai senaman zahir dan batin, di petikan di sini hasil kajian ilmiah oleh pakar perubatan, sheikh hakim moinuddin dalam kitab at -tib al -rauhi as-sufi.


1.BERDIRI BETUL DAN TAKBIR
 Ianya memberi faedah kerehatan kepada otot-otot atas dan bawah belakang dan kedua-dua kaki,kerana berdiri meluruskan tulang belakang dan kaki dan kedua-dua tidak membengkok atau terhimpit, ini memudahkan kelancaran darah berjalan dengan betul dan urat saraf berada di posisi yang asal.
Sementara tumpuan mata ke tempat sujud menarik tumpuan otak atas dan bawah bersatu di dalam satu pusat konsentrasi dan membenaskan akal dari sebarang ingatan,menjadikan ia rehat dan tenang.


2.RUKUK DAN IKTIDAL
Berperanan merenggang sepenuhnya otot-otot bahagian bawah belakang peha dan betis.ketika itu darah pula di pamkan ke atas badan.Kesan darpada pergerakan dan diam perbuatan itu melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang.
Perbuatan berdiri iktidal dan berhenti sejenak memberi peranan kepada darah yang baru bergerak itu masuk kedalam saluran urat asal nya.Lalu badan mendapat balik kerehatan dan menghilangkan ketegangan ( release tension )

3.SUJUD DAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD
Sujud pula membina otot perut dengan sempurna dan mengelak perut buncit.Menambahkan dan melancarkan aliran darah ke bahagian atas badan khusunya daerah kepala.termasuk mata,telinga,hidung dan paru-paru, membersihkan pernafasan dan sisitem urat saraf, mengeluarkan mentol toxin dari badan oleh aliran darah itu daripada organ-organ berkenaan,
sujud kedua pula mengimbangkan sistem saraf dan menyempurnakan pengoksidanan keseluruh badan.kesan nya memberi keringanan kepada badan dan emosi.

Kesan lain dari sujud
Mengurangkan tekanan tinggi, menambahkan keanjalan sendi-sendi, bagi wanita yg mengandung dapat membentulkan kedudukan janin di posisi yg sempurna.kesan rohani nya plak..ia menghapuskan ego, meningkatkan kesabaran dan tawakkal kepada ALLAH.
Perbuatan duduk antara dua sujud pula, bila tumit kanan melentur dan di himpit pula oleh tekanan berat kaki dan badan, ia membantu mengeluarkan keracunan dari organ hati dan menggerakan tindakan otot pada usus besar.
Pada kaum wanita pula..mereka membiarkan badan mereka berada di atas kedua kaki yang bertapak tegak ke atas.
Kesan nya memberi keselesaan dan kerehatan yg selesa.gerakan ini memberi kesan penghadaman dengan menekan kandunga2 dalam perut ke arah ke bawah, memberi kelawasan pada pembungan najis dan mengelak sembelit.

4.KESAN BACAAN DALAM SOLAT
Selain rukun perbuatan dalam solat,
gerakan rukun bacaan juga memberi kesan merangsang hati,kelenjar tirod,kelenjar pineal,kelenjar pitunari,kelenjar adrenal dan paru-paru.

Info dari majallah SOLUSI
MAJALAH PANDUAN HIDUP BERSYARIAT

Apa yang aku beli dengan Boucer Buku?


Baucer Buku RM250 1 Malaysia khas untuk pelajar IPT & Pra-Universiti . Kalau sebelum ini pada Bajet 2013, kerajaan telah memberikan kepada pelajar IPT dan pelajar pra-universiti baucer buku 1 Malaysia sebanyak RM200. Mungkin Datuk Najib Razak merasakan tidak cukup. Oleh itu pemberian baucar buku tersebut ditambah baik.
Ini serba sedikit info tentang BB1M :-

Nama Bantuan : Baucer Buku 1 Malaysia
Golongan Penerima : Setiap pelajar IPT dan pra-universiti (1.3 juta pelajar di seluruh negara)
Nilai Baucer Buku : RM250
Peruntukkan : RM325 juta

Sekarang ini boucer buku ini boleh digunakan 80% untuk buku dan 20% untuk barang lain termasuk peralatan tulis. Tidak macam sebelum ini pelajar menggunakan boucer ini untuk membeli barang selain buku malah ada juga yang menjual baucer ini. Apa yang aku beli dengan boucer buku. Ini lah dia buku-buku yang aku beli semasa cuti Raya Cina.


Thursday 14 February 2013

Hariku yang mencabar dengan penuh dugaan dan rintangan

Hari ini saya nak kongsi dengan anda semua tentang pengalaman saya yang penuh mencabar. Hari ini saya terlibat dalam satu perlawanan paint ball yang di anjurkan dalam karnival mitek di Uitm Segamat. Saya mengambil keputusan untuk terlibat dalam paint ball ini kerana pertama, atas dorongan kawan-kawan dan kedua, kerana fakulti Infomation Managment ingin menyumbangkan Rm50 kepada setiap team yang terlibat. Yuran untuk paint ball Rm100, satu team 5 orang jadi siapa yang dari kos Information Managment hanya perlu membayar Rm50 sahaja. Seorang kene bayar Rm10 sahaja dan yang lebih menambah minat saya untuk terlibat dalam aktiviti ini kerana hadiah utamanya ialah Rm1000. Saya memang teringin untuk mencuba aktiviti lasak ini. Malam sebelum perlawanan saya search kat youtube "how to play paint ball" dan search dekat google strategik bagai dan tanpa disedari jam sudah pukul 4 pagi. Semua cepat tidur sebab pukul 8 pagi game paint ball itu bermula. Besok pagi aku tersedar alarm handphone aku berbunyi dan aku tengok jam pukul 11 pagi. aku memang terkejut dan aku terus kejut kawan-kawan aku untuk ke pertandingan. Mungkin tiada rezeki aku untuk menjadi juara tapi puas lah dapat main sebanyak dua kali dan yang amat membangga kan aku pada round yang ke-2 aku yang tamatkan game.hehehehe